Mesej Percuma

SMS Percuma untuk Penagih SMS yang "kekurangan" kredit.

Wahai penagih teknologi, ini adalah kebenaran. Sebelum ini ada beberapa site yang telah menjalankan sistem ini, dan rasanya dah 4-5 tahun yang lalu yang dikenali sebagai Mobik. Akan tetapi, untuk menggunakan servis Mobik, pengguna perlu mendaftar. Kini teknologi ini kembali! Teknologi yang diperlukan ketika saat kredit handphone anda habis, bateri handphone anda kong, nak mengorat awek tanpa perlu membuat “Private Number”, dan lain-lain.

Servis ini adalah percuma, PERCUMA! Aplikasi ini dibangunkan dengan nama “Cloud SMS” – http://freesms.cloudapp.net/. Tidak perlu menghabiskan kredit anda bila hantar SMS ke awek indonesia yang korang minat dah balik kampung. Servis ini adalah boleh digunakan diseluruh dunia! Sentiasa Bersamamu! Hahaha.

Caranya:
Teruskan Membaca…

Popularity: 14%

6 com
Contest

Tujuh Windows 7 Untuk Penagih TheStar!

The Star Online mengadakan peraduan khas buat pembaca yang bertuah, caranya sungguh mudah sekali dengan menjawab 2 soalan. Sebanyak tujuh Windows 7 Ultimate Edition untuk dimenangi.

Caranya:
Teruskan Membaca…

Popularity: 7%

none
Tragedi jambatan gantung runtuh - Sumber: Utusan

Tragedi jambatan gantung runtuh - Sumber: Utusan

Sumber: Utusan.com.my

KAMPAR 29 Okt. – Dua lagi mayat mangsa lemas dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Kuala Dipang ditemui malam tadi dan pagi ini.

Dengan penemuan kedua-dua mayat itu, ia menjadikan kesemua tiga mangsa yang hilang telah ditemui, sekali gus operasi mencari dan menyelamat sejak tiga hari lepas telah ditamatkan.

Mayat pertama, N. Dina Deve, 11, ditemui di Jalan Lama Kuala Dipang, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian pada pukul 8.40 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, mayat kedua, M. Darapharshini, 11, ditemui sepasukan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di Kampung Tanjung Tualang, pukul 11.30 malam tadi.

Katanya, manakala mayat terakhir, V. Diryasree, 12, pula dijumpai di Tronoh Mines dekat Batu Gajah pukul 9.45 pagi ini.

Siapa yang perlu disalahkan? Siapa yang perlu bertanggungjawab atas kejadian malang ini? Siapa? Penagih wang ataupun penagih yang bermulut manis?

Popularity: 2%

none
Perisian Gambaran Kemalangan

Perisian Gambaran Kemalangan

Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa diduga, walaupun kita telah mematuhi segala peraturan jalan raya akan tetapi kemalangan masih dapat berlaku. Bila kejadian yang tak di ingini berlaku, seperti biasa kita akan klaim insuran dan kadangkala proses untuk menerangkan kejadian sebenar agak rumit. Terdapat satu perisian yang dapat memudahkan anda untuk menerangkan bagaimana kejadian yang tak diingini itu berlaku, AccidentSketch.

AccidentSketch ialah perisian yang mengunakan Internet browser (Firefox @ Internet Explorer) anda untuk menghasilkan laporan yang hendak ditunjukkan kepada pihak insuran mahupun pihak yang berkenaan.


Teruskan Membaca…

Popularity: 2%

none
Through My Window

Through My Window

“Through My Window” merupakan satu projek besar oleh TM yang berjaya mengegarkan dunia musik tanah air dengan adanya laman sosial terkemuka, Facebook. Dengan meletakkan gambar kabur dilaman Facebook mereka, para peminat lagu tersebut terus teka-meneka akan penyanyi lagu tersebut, nama kumpulan yang keluar, Bunkface dan memang itulah kebenarannya.
Teruskan Membaca…

Popularity: 4%

none

Most commented