Perisian Gambaran Kemalangan

Perisian Gambaran Kemalangan

Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa diduga, walaupun kita telah mematuhi segala peraturan jalan raya akan tetapi kemalangan masih dapat berlaku. Bila kejadian yang tak di ingini berlaku, seperti biasa kita akan klaim insuran dan kadangkala proses untuk menerangkan kejadian sebenar agak rumit. Terdapat satu perisian yang dapat memudahkan anda untuk menerangkan bagaimana kejadian yang tak diingini itu berlaku, AccidentSketch.

AccidentSketch ialah perisian yang mengunakan Internet browser (Firefox @ Internet Explorer) anda untuk menghasilkan laporan yang hendak ditunjukkan kepada pihak insuran mahupun pihak yang berkenaan.

Ia menggunakan sistem yang agak mudah difahami, anda hanya perlu menyusun gambar-gambar yang telah disediakan. Contohnya seperti jalan raya, papan tanda jalan raya, kereta, pejalan kaki, lori dan lain-lain didalam grid yang telah disediakan. Anda boleh meletakkan nombor plat kenderaan tersebut agar lebih mudah untuk dikesan dan sebagai bahan bukti (macam kes berat pula!). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda bolehlah menonton tutorial dari AccidentSketch, cara penggunaan dan gambarkan bagaimana kemalangan itu berlaku.

Link Berkaitan

AccidentSketch – http://www.accidentsketch.com/

Cara Penggunaan AccidentSketch – http://www.accidentsketch.com/accident_statement/demo.html

Lukis Semula Kejadian – http://www.accidentsketch.com/accident_statement/beispiel.html

0

Popularity: 2%