-
11
Nov

Setiap Khamis, 9.30 malam
Anda peminat drama TV Blogger Boy? Kini Blogger akan kembali di kaca televisyen untuk musim yang ke-2! Musim terbaru drama ini kembali dengan jalan cerita yang lebih menarik dan penuh dengan elemen kejutan.
‘BLOGGER BOY‘ musim ke 2 akan menemui penonton semua bermula 12 November ini, setiap Khamis jam 9.30 malam dengan 20 episod yang cukup sensasi di 8TV. Siri ini bakal menyaksikan Qi (Budi), Julie Woon (Nina) dan Nas-T (Kid) bersatu kembali untuk menjayakan drama bersiri ini.
“Ini merupakan sebuah lagi drama bersiri yang cukup hebat dan tampil segar dengan konsep yang cukup menarik dan unik. ‘BLOGGER BOY‘ lengkap dengan elemen drama, komedi, cinta dan suspens akan ditayangkan secara eksklusif di 8TV. Khas buat peminat setia ‘BLOGGER BOY’, jangan ketinggalan untuk menonton siri kegemaran ramai ini!
Sinopsis
Musim ke-2 ‘BLOGGER BOY’ membuka tirai dengan kisah perhubungan Budi dan Nina. Budi ternyata cukup kecewa apabila Nina tiba-tiba menghilangkan diri dan meninggalkannya pada episod terakhir musim pertama drama ini.
Budi juga telah berhenti daripada menulis di dalam ‘blog komik’ beliau dan telah mengecewakan ramai pengikut blog itu. Kid pula berusaha sedaya upaya untuk membantu Budi melupakan kesedihan yang menimpa dirinya dan kembali ceria.
Kedua-dua jejaka ini dalam misi mencari penyewa untuk meringankan kewangan masing-masing dan akhirnya menyedari tidak mudah untuk mencari penyewa atau rakan serumah di Kuala Lumpur. Setiap kali mereka mendapat penyewa baru, setiap kali itulah masalah mula timbul.
Sementara itu, Maya (Cheryl Samad) gadis pilihan ibu Budi mula bertapak di hati beliau. Perhubungan mereka berdua mula rapat apabila mereka banyak meluangkan masa bersama-sama.
Budi kembali menulis di ‘komik-blog’ beliau dan mula mencurahkan isi hatinya di dalam blog peribadi beliau kerana tidak berani meluahkan perasaannya kepada Maya. Budi juga mempunyai seorang peminat wanita yang sentiasa mengikuti perkembangan blog beliau dan peminat misteri itu dalam diam-diam menaruh hati terhadap Budi.
Dua wanita yang pernah hadir dalam hidup Budi; Nina dan Zehan tiba-tiba muncul. Kedua-dua mereka kecewa dengan perhubungan masing-masing. Siapakah yang bakal memenangi hati budi? Bagaimana pula perhubungan Budi dengan Maya?
Informasi “Blogger Boy Musim Ke-2″
Channel: 8TV
Bermula: Khamis, 12 November 2009
Waktu Siaran: 9.30 Malam
Episod: 20
Watak Utama: Qi (Budi), Julie Woon (Nina) dan Nas-T (Kid)
Popularity: 13%
- Published by Enchek Penagih Abadi in: Penagih Hiburan
- If you like this blog please take a second from your precious time and subscribe to my rss feed!

2 Responses to “Blogger Boy Musim Ke-2, 12 November Ini di 8TV”
lolx.. no 8TV in my home (T.T)~
mine also! But we’re net addict right? We still can watch it online
Thanks to 8TV.com.my
Trackbacks/Pingbacks
Leave a Reply