-
11
Feb

Bayi atau sampah wahai pembiadap
Wahai penagih, tolonglah, jangan biar sang bayi yang suci itu pergi. Dia tidak tahu apa-apa sedangkan kamu yang enak membuat segala aksi tanpa memperdulikan apakah maksud dan dosa zina itu.
Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.
Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.
Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.
Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.
Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.
“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.
“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini. – sumber
Kes pembuangan bayi semakin hari semakin teruk, teringat kata-kata sahabat india,
Masa kongk*t banyak sedap, lepas sedap kasi buang. Kalau saya nampak ini orang, saya bunuh mak dengan bapak budak ini. Biar dorang mati dulu, jangan kasi itu budak mati.
Iklan ini ditaja khas oleh Youtube, dan Almarhum Hary Rusli untuk anda.
Mahu salahkan siapa sekarang?
Ada yang salahkan ibu/bapa bayi tersebut.
Ada yang salahkan pihak berwajib.
Ada yang salahkan ibu/bapa kepada pasangan tersebut.
Ada yang salahkan orang ramai.
Popularity: 6%
- Published by Enchek Penagih Abadi in: Penagih Cerita Panas
- If you like this blog please take a second from your precious time and subscribe to my rss feed!

One Response to “Buang Bayi – Salah Siapa?”
masallah buang bayi salah siapa, salah yang ampunya diri
tidak memikirkan buruk dan baiknya apa perkara yang dilakukan, tak mengira dosa dan pahala akibatnya dalam penjara, orang ini berajakan nafsu turut kehendak hati nikmat hanya seketika azab selama lama nya akhir kata renung2kan lah dahulu sebelum bertindak
Trackbacks/Pingbacks
Leave a Reply