-
7
Nov

Cara Kasar akan dimansuhkan didalam Web-Addiction Camp
Buat pengetahuan anda, China telah mengharamkan cara yang agak kasar bagi mengubati penagih Internet dalam “Web-Addiction Camp”.
“Web-Addiction Camp” ditubuhkan lebih dari 200 organisasi untuk mengubati golongan remaja yang mengidapi ketagihan Internet dimana setiap pelatih yang dihantar dipaksa untuk melakukan latihan fizikal yang agak berat daripada menghabiskan waktu untuk melayari Internet.
Pada bulan Julai yang lalu, kerajaan (yang terbabit) telah mengharamkan penggunaan kejutan elektrik yang telah dikenakan ke atas ribuan remaja yang terlibat.
Pada bulan berikutnya, seorang remaja, Deng Senshan (15 tahun) meninggal dunia dengan hanya beberapa jam mendaftarkan diri disebuah kem di selatan barat wilayah Guangxi, hal ini mendorong media membuat protes ke atas kem itu.
Beberapa hari kemudian, Pu liang, telah dibawah ke hospital kerana mengidapi paru-paru berair dengan ginjalnya gaga berfungsi dengan baik setelah menghabiskan waktunya dibawah program yang sama di Wilayah Sichuan.
Penagihan Internet memang menjadi salah satu masalah tetapi jika seseorang itu bijak untuk menguruskan waktunya, ketagihan itu dapat membuahkan hasil dan tidak sia-sia seperti menjual barangan secara online.
Popularity: 3%
Related Posts
- Published by Enchek Penagih Abadi in: Penagih Isu Semasa Penagih Merepek
- If you like this blog please take a second from your precious time and subscribe to my rss feed!




2 Responses to “China Haramkan Cara Kasar Untuk Mengubati Penagih Internet”
Haha..
Uishhhh….
Tatotnyerrrrr..
Heee..
Selamat Malaysia takde kem tu kan? Kalau ada tak tahulah nasib kita. Haha
Trackbacks/Pingbacks
Leave a Reply