-
2
Nov

Menangi Canon EOS 1000D
Panggilan untuk semua penagih fotografi! (Exabytes pun guna ‘addict’ okeh! Haha). Exabytes mengajurkan peraduan “Snap & Win” dimana hadiahnya adalah Canon EOS 1000D yang bernilai RM2199!
Caranya?
- Korang tangkap gambar iklan-iklan (dari apa sahaja material – majalah, akhbar, signboard) dimana ada url yang sah (tak kisah la url apa pun, dorang tak minta pun snap dorang punya iklan – tapi perlu jika mahu membodek! Haha)
- Upload dimana-mana tempat, blog, website, flickr, facebook (yang ni aku tak berapa pasti).
- Hantarkan URL gambar tu ke dalam forum Exabytes.
PERINGATAN: Sila daftarkan diri sebagai ahli sebelum menghantar gambar.
Bagaimana untuk terpilih sebagai pemenang?
- Hantarkan seberapa banyak gambar yang boleh.
- Penghantar yang paling kreatif akan terpilih sebagai pemenang.
Syarat-syarat Penyertaan
- Pertandingan ini bermula dari 14 Oktober hingga 30 November 2009
- Gambar yang diambil haruslah original oleh penghantar.
- (yang dua ini sahaja yang penting kot, yang lain-lain, anda boleh rujuk disini)
Apa tunggu lagi wahai penagih fotografi? Tunjukkan bakat anda!
Popularity: 2%
- Published by Enchek Penagih Abadi in: Penagih Peraduan
- If you like this blog please take a second from your precious time and subscribe to my rss feed!

Leave a Reply