-
11
Nov

FAM Denda KAFA RM50,000
Denda jangan tak denda! Tapi, itulah, orang lain yang buat, orang lain yang menerima nasib. Apa boleh buat KAFA, “Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga”, “Kerana Penyokong Gila Seribu, Kena Denda Lima Puluh Ribu”.
PETALING JAYA, 11 Nov (Bernama) — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendenda Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sebanyak RM50,000 gara-gara tindakan liar penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu lepas.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Mohd Taufik Abd Razak berkata badan induk bola sepak Kelantan itu didapati bersalah terhadap tiga tuduhan yang dibentangkan.
Bagi tuduhan pertama, penyokong-penyokong Kelantan didakwa membaling bunga api dan objek ke arah dan masuk ke dalam padang yang menyebabkan KAFA didenda RM5,000.
“KAFA juga didenda RM20,000 untuk tuduhan kedua kerana penyokong-penyokongnya membaling objek terkena pegawai perlawanan manakala tuduhan ketiga adalah merosakkan harta benda Stadium Nasional di Bukit Jalil seperti kerusi dan pintu pagar sekaligus didenda RM25,000,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung selama tiga jam di Wisma FAM Rabu.
Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata anggaran kerosakan yang terpaksa dibayar oleh badan induk bola sepak kebangsaan itu kepada pihak Stadium Nasional adalah RM138,150.
“Jumlah ini adalah yang terbaru dikemukakan oleh pihak stadium setelah dipanggil memberikan butiran kerosakan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib.
Antara kerosakan yang dilaporkan ialah 16 unit kerusi terbakar (dianggarkan RM2,400), 205 unit kerusi rosak (dianggarkan RM30,750), trek terbakar (dianggarkan RM60,000) dan RM20,000 yang dianggarkan bagi kerosakan tandas stadium.
- sumber
Popularity: 10%
- Published by Enchek Penagih Abadi in: Penagih Isu Semasa
- If you like this blog please take a second from your precious time and subscribe to my rss feed!

One Response to “FAM Denda KAFA “RM50,000″”
Trackbacks/Pingbacks
Leave a Reply