Final Piala Malaysia 2009 - Kelantan & Negeri Sembilan

Final Piala Malaysia 2009 - Kelantan & Negeri Sembilan

Kepada penagih bola sepak tempatan, sebanyak 86,000 keping tiket telah dicetak! Korang rasa cukup tak? Hehe.

Ini kerana, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mencetak sebanyak 85,000 keping tiket untuk perlawanan penutup musim Liga Bola Sepak Malaysia itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Che Mat Jusoh berkata, tiket-tiket tersebut akan dijual pada harga RM20 untuk semua tempat duduk dan RM5 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

“Tiket final dicetak sebanyak 85,000 keping dengan 30,000 keping telah ditempah oleh Kelantan dan 20,000 keping ditempah Negeri Sembilan.

“Baki 35,000 keping akan dijual di Stadium Nasional pada Jumaat ini bermula pukul 11 pagi hingga 10 malam dan pada hari Sabtu pula ia akan mula dijual pada pukul 10 pagi,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Final Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional pagi semalam. – sumber

[polldaddy poll=2201756]

Kepada sesiapa yang ingin menyaksikan perlawanan yang bagi saya agak “berhantu”, sila jangan bawa duit berlebihan, baju-baju yang baru, baju yang mahal, kereta-kereta mewah, motosikal yang berkilat kerana ditakuti membawa kesan sampingan (Haha, paham-paham sudah!)

Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil

Tarikh: 7 November 2009

Harga Tiket: RM5 untuk kanak-kanak dan RM20 untuk dewasa.

Sokonglah bola sepak tempatan! Majulah sukan untuk negara.

0

Popularity: 2%