-
9
Nov

Ketua Pengarah Penyiaran
Entri ini khas ditujukan kepada penagih politik dan penagih blog, Ketua Pengarah Penyiaran menasihati anda supaya menghentikan pembohongan mengenai entri-entri berkaitan dengan isu politik Malaysia. Ingat, pembohongan sahaja berhenti! Yang benar, bongkarkan!
KUALA LUMPUR 9 Nov. — Penulis-penulis blog dinasihati supaya menghentikan pembohongan dalam penulisan mereka, terutama berkaitan isu sosial dan politik kerana ia boleh mencetuskan kontroversi dan reputasi buruk terhadap kerajaan.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya berkata, sebaliknya mereka perlu memainkan peranan sebagai perantara dalam mengetengahkan sesuatu isu kepada masyarakat.
Beliau yang juga seorang penulis blog berkata, ada antara blogger yang menulis perkara-perkara mengarut yang jelas lari daripada fakta sebenar di samping menggembar-gemburkan isu yang tidak benar.
“Memang sukar untuk menjelaskan sejauh mana kebenaran penulisan blog kerana penulisnya sentiasa berselindung di sebalik nama pena,” katanya dalam sesi dialog bertajuk “Blog: Satu Pembohongan atau Realiti” di sini hari ini. – bernama
Kami memang menyokong kata-kata Datuk, tapi Datuk jangan lupa, media masa pun selalu membuat pembohongan. Tidak kira-lah televisyen, radio, surat kabar dan lain-lain.
p/s: Tiba-tiba aku teringat dialog acapan dalam Senario, “Ini semua bohong, ada satu juga yang boleh percaya. Nombor Empat Angka”. Haha.
Popularity: 5%
- Published by Enchek Penagih Abadi in: Penagih Isu Semasa Penagih Politik
- If you like this blog please take a second from your precious time and subscribe to my rss feed!

Leave a Reply