Kedengaran agak janggal, tetapi itulah hakikat “Perompak Suci” – walaupun merompak, mereka masih mempunyai hati. Tiga penyamun bertopeng sempat meminta maaf dan menghulurkan not RM50 dalam kejadian pecah rumah di Kampung Kuala Lepar, Paloh Hinai berdekatan dengan Pekan, Kuantan.

Yang pastinya, sudah tentu si perompak ini bebas dari alkohol, kalau dalam keadaan mabuk, bukan sahaja pulangkan semula duit tu, dah kena sepak terajang dah! – Utusan

Popularity: 2%

none

Achik SPIN atau nama sebenar beliau, Abdillah Murad Md. Shari telah pulang ke rahmatullah kerana terbabit dalam satu kemalangan ngeri (lanjutkan bacaan). Beliau telah selamat dikebumikan sekitar jam 1 petang tadi di Makam Tuan Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuan berusia di antara tiga tahun dan 10 bulan.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Al-Fatihah.

Popularity: 13%

none


Korang rasa dimana kena-mengena antara kedua-dua negara jiran ini berkongsi selogan, dan logo yang hampir-hampir sama? Budaya tiru-meniru berulang lagi ataupun ada konspirasi lain? Tidak petah untuk lidah berbicara, tidak lancar jari menaip, kaji dan nilaikan sendiri.

Kata kunci dilaman Google, “1 Malaysia 1 Indonesia“.

Tepuk dada tanya selera.

Popularity: 2%

none

Remaja yang merokok mempunyai IQ yang lemah berbanding teman sebayanya – Itulah hasil kajian Prof. Mark Weiser daripada Bahagian Psikiatri Universiti Tel Aviv. Mengikut kajian beliau, tahap IQ remaja normal dalam lingkungan 101 dan IQ remaja yang merokok didalam purata 94 dan bagi yang merokok lebih dari sekotak, kemungkinan IQ-nya berada dibawah 90.

Jika anda lihat keadaan di Malaysia, kebanyakkan remaja yang terdedah dengan bahana rokok ini selalunya agak sosial (bukan semua) dan lebih cenderung terlibat dengan gejala dadah jika tidak kuat berpegang kepada prinsip.

Bagus juga kerajaan mengharamkan penjualan kotak 7, 10 dan 14 batang rokok kerana ini mungkin menjadi satu bebanan kepada para remaja untuk membelinya.

Kempen “Tak Nak” dan “Dilarang Menjual Rokok Kepada Kanak-Kanak Dibawah 18 Tahun” apa cerita ya?

[polldaddy poll=3008442]

- sumber.

Popularity: 2%

one

Jika dahulu Dunhill 7 merupakan tempat pertama dipasaran Malaysia setelah Lucky Strike jatuh, dan setelah diharamkan penjualan rokok 7 batang, 10 batang pula menjadi buruan. Ya, semakin lama semakin bertambah dan kini kotak 14 pula akan diharamkan. Maka pengambilan rokok akan bertambah dan ini juga akan menjana ekonomi negara kerana rokok merupakan satu sumber ekonomi yang agak luas serantau Malaysia dari golongan bawahan hingga golongan elit.

Hanya satu cara yang paling terbaik, HARAMKAN sahaja penjualan rokok itu.

Apa pendapat kalian?

[polldaddy poll=3006738]

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) — Penjualan rokok 14 batang akan diharamkan bagi mengehadkan kebolehcapaian awam terhadap rokok terutamanya di kalangan remaja, Dewan Rakyat diberitahu Isnin.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan hanya akan membenarkan penjualan rokok 20 batang yang lebih mahal harganya selain memperluaskan kawasan larangan merokok di seluruh negara.
Teruskan Membaca…

Popularity: 2%

one

Most commented