JDownloader

JDownlader merupakan software untuk para penagih seperti kamu! Haha

Buat para penagih yang suka memuat turun perisian, cerita, mp3, ebook dari link-link yang berbayar seperti Rapidshare, Mediafire, Megaupload, 2Shared, depositfiles dan lain-lain mungkin agak tekanan apabila melihat list yang bersepah-sepah untuk 1 cerita yang berkapasiti besar.

Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya, terima kasih kepada JomPHP kerana berkongsi satu perisian yang agak menarik, tertarik dan semestinya the bomb! Jdownloader adalah penyelesaian segala masalah! Anda hanya perlu select link-link itu dan dengan secara automatik JDownloader akan menangkap link-link itu, memeriksa link-link tersebut samada link itu dalam keadaan baik ataupun tidak, dan sesetengah link akan di”decrypt” seterusnya tinggal hanya untuk memuatturun.

Kenapa JDownloader lebih bagus berbanding IDM?

JDownloader

Dengan JDownloader, anda juga boleh memuatturun video dari Youtube malah dapat menukar formatnya sekali.

  • tidak perlu menunggu untuk pengguna yang tiada akaun, ianya automatik dengan JDownloader, hanya dia yang menunggu (cuba dahulu baru tahu).
  • ia memang sesuai untuk kebanyakkan jenis hosting, anda boleh lihat list url didalam software tersebut.
  • menyokong fungsi “Resume” walaupun menggunakan akaun biasa
  • ia disertakan sekali dengan plugin HJSplit dimana ia akan terus gabungkan file yang berakhir dengan .001,.002..
  • dan yang paling penting, ianya PERCUMA!

Kini penagih tidak memerlukan IDM, ini adalah tool yang paling sesuai untuk segala jenis penagih! Hahaha!

Link Berkaitan:

Download – http://jdownloader.org/download/index

JomPHP – http://jomphp.com/jdownloader-perisian-downloader-terbaik-untuk-rapidshare-megaupload-mediafire.html

Sedikit Info mengenai JomPHP – JomPHP ialah blog dalam bahasa Melayu mengenai tutorial komputer dan internet.

0

Popularity: 8%