Tempat Suci Agama Islam

Tempat Suci Agama Islam

Syeikh Ahmad bin Ibrahim Badar, ketua pembuat pintu emas Kaabah telah meninggal dunia pada usia 89 tahun di Mekah pada Jumaat lalu.

Ahmad membina pintu Kaabah menggunakan 300kg emas tulen atas arahan Raja Khaled pada Oktober 1979. Beliau belajar seni membina daripada arwah bapanya, Syeikh Ibrahim Badar yang merupakan pereka asal pintu tersebut dan membinanya setelah mendapat perintah daripada Raja Abdul Aziz pada tahun 1942.

Batu Dari Syurga

Batu Dari Syurga

Ibrahim serta Mahmoud dan Ibrahim Badar, membina pintu emas tulen itu yang mengambil masa setahun untuk disiapkan. Doa “Ya Hayy Ya Qayyum”, ayat-ayat Al-Quran serta perkataan “ALLAH” dan “Muhammad” juga ada dimuka pintu itu. Mereka juga membina bingkai perak untuk batu Hajarul Aswad.

Info Mengenai Hajarul Aswad ataupun “Black Stone”

Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan.

Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata:

“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

0

Popularity: 3%