Konsert Mencari Konklusi 2009

Konsert Mencari Konklusi 2009

Panggilan untuk semua penagih muzik yang ketagih dengan muzik HUJAN (yang mereka gelarkan Raingers), HUJAN akan mengadakan konsert yang dinanti-nantikan. Setelah tamat menawaf seantero Malaysia dengan persembahan-persembahan ringan, kini tangga yang mereka panjat telah hampir ke kemuncak. Konsert ini akan berlangsung pada 22 November 2009, di KL Live, Life Centre.

credit to Hujan.org

credit to Hujan.org

Gua.com.my ada menyatakan bahawa band Couple dan band D.I.A. (Different In Action) turut beraksi pada pembukaan dan Yasmin Hani dipertanggungjawabkan sebagai pengacara pada konsert tersebut.

Untuk menempah tiket-tiket yang berharga RM15 dan RM20, boleh menghubungi sekretariat konsert Alef (017-2067904), Nana (012-3846990), Jiggy (017-6737507), atau melayari laman web www.hujan.org, www.metamobile.com.my.

Anda juga boleh membeli secara online menerusi email, hantarkan maklumat dibawah ke harosa_ent@yahoo.com.

Nama Penuh : XX
No Tel : XX
Bilangan Tiket :  XX
Jumlah Bayaran : XX

Info

“Konsert Mencari Konklusi 2009″
Tarikh: 22 November 2009
Harga: RM15 (tempahan awal) & RM20
Hubungi: Alef (017-2067904), Nana (012-3846990), Jiggy (017-6737507)

Sebagai Rujukan

KL-Live.com.my
Hujan.org
Gua.com.my

0

Popularity: 3%