Kiamat 2012?

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika dimana lebih dikenali sebagai NASA mengatakan teori Mayan yang diguna pakai di dalam cerita 2012 adalah tidak benar sama sekali. Cerita yang berkisar tentang kiamat pada 2012 itu berdasarkan kalender Mayan menelan kos produksi sehingga $200 million.

Poster 2012

2012 menceritakan tentang Planet X ataupun Nibiru yang akan berlanggar dan bertebaran diatas muka bumi ini.

Planet misteri itu seharusnya ditemui di Sumeria, mengikut kajian para saintis dan penggemar aktiviti paranormal.

Beberapa laman web telah menuduh badan angkasa AS menyembunyikan kebenaran tentang wujudnya planet itu, akan tetapi NASA telah mendakwa cerita itu adalah satu “penipuan Internet”.

“Saintis di seluruh dunia mempercayai bahawa tiada sebarang ancaman berkaitan dengan 2012 dan semua planet akan berada dalam keadaan baik sehingga lebih daripada empat billion tahun”, kata NASA. – sumber

Ini adalah trailer untuk 2012 yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam yang tertentu diseluruh Malaysia pada Khamis (12 November 2009) ini.

Popularity: 5%

Related Posts

  1. (Video) Kajian Mengenai Iklan P1 Wimax “Potong”
  2. Senario The Movie Episode 2: Beach Boys