Gambar oleh Malaysiakini

Oh, kantoi sudah blogger Barisan Nasional (BN) ! Kah..Kah..Kah.. Blogger PR (Pakatan Rakyat) jangan terlalu suka! Manalah tahu jika segala fitnah akan terbuka (samada dari pihak barisan ataupun pakatan). Inilah orang yang tak reti berhujah. Bagi sesetengah orang, hidup ini hanya ada dua, hitam dan putih. Mereka terlupa yang ada kelabu ditengah-tengah itu, dan kebanyakkan orang hidup didalam alam kelabu itu.

Rasanya banyak lagi gambar-gambar yang berkaitan dengan politik yang dimanipulasi dengan teknik superimpose, lebih-lebih lagi dari pihak pembangkang. Aku sendiri tidak tahu mengapa mereka lebih suka membuat fitnah dari berhujah. Mungkin kerana kekurangan ilmu? Bengap? Bodoh? Buta hati? Sendiri mau ingat. Oh, teringat tentang kata-kata calon Barisan Nasional, Kamalanathan,

“Berdasarkan pengalaman dari siri kempen yang lepas, mewujudkan fitnah merupakan satu kesalahan besar yang harus dielakkan.

“Saya telah berpesan kepada jentera BN kita hanya akan berkempen cara bersih, berpandukan apakah pencapaian saya sebelum ini, apa yang BN mampu lakukan dan apa yang Kamalanathan mampu lakukan jika diberikan peluang oleh para pengundi,” – bernama

Dengar ke tak wahai para blogger politik? (khas ditujukan kepada kedua-dua belah pihak)

Gambar dipetik dari Laman Facebook TopengPerak Unmasked

Gambar diatas diambil pada Tahun 1966 Bilamana Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama merangkap PRESIDEN UMNO YANG KE-2 Merasmikan Kilang Guinness Malaysia Bhd 1966. Tamat.

Popularity: 10%

3 com

Cisco Acquisition Menutup TANDBERG Video Stephen Lawson, IDG News Service

Cisco Systems menutup pengambilalihan TANDBERG pada hari Isnin, secara rasmi menamatkan perjuangan tegang atas nilai wajar dari penjual Sidang video Norway.

Efektif Isnin, TANDBERG produk line sekarang adalah sebahagian daripada portfolio Cisco Telepresence dan bekas CEO TANDBERG Fredrik Halvorsen adalah wakil presiden senior dari sebuah unit baru dari Cisco, Telepresence Technology Group. Kumpulan baru ini terdiri daripada perniagaan berfokus pada endpoint TelePresence, back-end infrastruktur dan perkhidmatan Cisco Telepresence awan. Ini adalah sebahagian daripada Emerging Technologies Group Cisco, di bawah pimpinan Senior Vice President Cisco Marthin De Beer.

Cisco telah membuat video fokus utama perniagaan dalam beberapa tahun terakhir, dengan produk high-definition yang Sidang video Telepresence di depan lineup. TANDBERG, pembekal lama produk pelbagai video untuk syarikat, fleshes keluar lineup Cisco menengah.

Acquisition ini salah satu yang paling sukar bagi Cisco. Syarikat ini menawarkan US $ 3 bilion kepada TANDBERG 1 Oktober lepas, tapi tawaran itu tidak mendapat sokongan daripada pemilik 90 peratus saham TANDBERG. Syarikat pelaburan Dua perunding berkata Cisco telah undervalued TANDBERG. Vendor rangkaian dominan akhirnya menaikkan tawaran hingga 19 bilion Kroner Norway, atau sekitar $ 3,4 bilion, dan meluaskan penawarannya tiga kali. Pada 3 Disember lalu, Cisco menyatakan bahawa pemilik 91.1 peratus saham TANDBERG telah bersetuju untuk pembelian tersebut.

Cisco berkata hari Isnin bahawa telah dibuat pengambilalihan untuk 19 bilion Kroner, setara dengan sekitar $ 3,3 bilion pada saat kelulusan tersebut ditutup.

Popularity: 7%

none

Tinysong” – sebuah laman untuk berkongsi lagu dengan teman-teman anda dengan lebih mudah kerana setelah anda mencari lagu yang anda minati, anda boleh terus mendengar ataupun berkongsi URL yang pendek (seperti applikasi web bit.ly dan lain-lain) dengan teman anda samada dilaman Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya.

Setelah membuat carian, anda boleh mendengar terus ataupun berkongsi URL dengan teman-teman anda

Anda hanya perlu salin url yang diberikan ataupun klik pada butang Twitter, Facebook dan lain-lain untuk berkongsi

Tinysong berfungsi sebagai laman pencarian dengan kombinasi gedung lagu Grooveshark dan memendekkan url untuk memudahkan para penggunanya.

Jika anda memilih untuk mendengar, ia akan membawa anda ke laman Grooveshark dan layanlah lagu yang anda minat

Laman berkaitan – Tinysong

Popularity: 4%

2 com

Sudah hampir beberapa minggu perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) daripada TM dilancarkan, iaitu UniFi, kini Telekom Malaysia telah mengeluarkan statistik mengatakan yang mana sudah terdapatnya 900 orang pengguna telah menggunakan UniFi buat masa ini.


Pengenalan UniFi Secara Berperingkat

Buat masa ini, UniFi hanya ditawarkan dibeberapa tempat percubaan di sekitar negeri Selangor, terdapat empat buah kawasan yang menjadi pilihan ialah di Lambah Kelang, iaitu Taman Tun Dr Ismail, Shah Alam, Subang Jaya dan Bangsar dimana ianya menawarkan kelajuan sehingga 20 Mbps dan juga tawaran IPTV melalui sambungan internet khas berkelajuan 8Mbps.

UniFi akan diperkenalkan dibeberapa kawasan berdekatan, iaitu Petaling Jaya, Putrajaya, Cyberjaya, Damansara, Cheras, Selayang, Puchong, Serdang, Klang, Kepong dan Wangsa Maju tidak lama lagi. TM menjangkakan yang mana UniFi akan diperluaskan ke lebih 22 kawasan menjelang Jun 2010, dan 22 kawasan lagi menjelang akhir tahun ini.

UniFi dijangka akan meliputi lebih 65% kawasan Lembah Kelang menjelang 2011, dan lebih 92% menjelang akhir tahun 2011. TM juga masih mengejar angka liputan lebih 750,000 perumahan menjelang hujung tahun ini.

Buat masa ini, UniFi ditawarkan secara percuma sehingga bulan Julai, atau 3,000 pelanggan baru, mana satu yang lebih cepat. Pada masa yang sama, TM juga memberikan peralatan dan kos pemasangan yang bernilai lebih RM1000 secara percuma kepada para pengguna mereka. -amaz.my

Popularity: 2%

none

Kedengaran agak janggal, tetapi itulah hakikat “Perompak Suci” – walaupun merompak, mereka masih mempunyai hati. Tiga penyamun bertopeng sempat meminta maaf dan menghulurkan not RM50 dalam kejadian pecah rumah di Kampung Kuala Lepar, Paloh Hinai berdekatan dengan Pekan, Kuantan.

Yang pastinya, sudah tentu si perompak ini bebas dari alkohol, kalau dalam keadaan mabuk, bukan sahaja pulangkan semula duit tu, dah kena sepak terajang dah! – Utusan

Popularity: 2%

none

Most commented