-
19
Apr
Dengan semangat “Malaysia Boleh”, Ikonasoftware (M) Sdn. Bhd. (Ikonasoftware) akan memasarkan produk antivirusnya mulai Julai ini. Porgram ini dikatakan produk pertama di dunia yang tidak perlu dikemas kini dan bertindak standalone.
Bagi pendapat saya, mungkin mereka menumpukan kepada beberapa jenis virus sahaja tidak seperti antivirus-antivirus yang lain (McAfee, Kaspersky, Avira, AVG) dimana ia perlu sentiasa dikemaskini dengan kehadiran virus-virus yang terbaru.
Popularity: 9%
2 com
Oh, diam-diam bertunang yea abang-pengarah-yang-hebat! Hehe, Aziz M. Osman, 48, selah selamat ditunangkan bersama sang Puteri Sarbainun Lokman, 21, di Cheras hari ini.
Setelah 3 kali gagal mempertahankan rumahtanggaya, anak kepada pelakon dan pengarah, Lokman Ghani menjadi pilihan hati Aziz dan dengar memberitahu bahawa mereka bakal diijabkabulkan pada 6 Jun 2010 nanti!
“Kesilapan yang pernah saya lalui dalam kehidupan berumahtangga membuatkan saya menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
“Selepas ini saya sudah ada ‘kawan’ untuk menemani saya walau ke mana sahaja apatah lagi, apabila ‘kawan’ itu bakal bergelar isteri kepada saya,”
Umur hanyalah angka, biar orang nak cakap apa! Janji hidup abang pengarah bahagia dan terus menghasilkan karya-karya terbaik! Eloklah cepat-cepatkan, biar lama-lama nanti kena ‘bahan’ pula.
Popularity: 5%
noneAchik SPIN atau nama sebenar beliau, Abdillah Murad Md. Shari telah pulang ke rahmatullah kerana terbabit dalam satu kemalangan ngeri (lanjutkan bacaan). Beliau telah selamat dikebumikan sekitar jam 1 petang tadi di Makam Tuan Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuan berusia di antara tiga tahun dan 10 bulan.
Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Al-Fatihah.
Popularity: 12%
noneuntuk melihat video kemalangan, klik disini.
Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya berhampiran Perhentian Nilai pada jam 7 malam tadi. Kabarnya arwah dalam perjalanan pulang dari siaran langsung di RTM untuk program Hits 1 petang tadi.
MPV Toyota Estima yang ditumpang oleh Achik dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda di lebuhraya dan arwah tersepit didalam kereta yang terbakar. Kawannya pula bernasib baik kerana sempat merangkak keluar dari kereta.
Salam takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Popularity: 16%
2 com
by Enchek Penagih Abadi
by Enchek Penagih Abadi
by Enchek Penagih Abadi
by Enchek Penagih Abadi
by Ular Sawa Terbesar Di Malaysia? | Penagih.Net