SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Steve Jobs memperkenalkan sebuah komputer dikenali sebagai iPad yang kelihatan seperti telefon bimbit iPhone tetapi mempunyai skrin sesentuh kelmarin.

Komputer iPad yang sekian lama dinanti oleh peminat-peminat gajet syarikat itu memiliki skrin warna bersaiz 24.6 sentimeter.

Tebal iPad ialah 1.3 sentimeter dan beratnya cuma 0.7 kilogram serta mempunyai memori 32 gigabit dan 64 gigabit.

Model iPad termurah dengan sambungan Wi-Fi dan memori 16 gigabit akan dijual pada harga AS$499 (RM1,702) di AS manakala model paling mahal yang memiliki sambungan 3G dan memori 64 gigabit berharga AS$829 (RM2,828).

sumber: KOSMO!
Teruskan Membaca…

Popularity: 2%

none