Oh, diam-diam bertunang yea abang-pengarah-yang-hebat! Hehe, Aziz M. Osman, 48, selah selamat ditunangkan bersama sang Puteri Sarbainun Lokman, 21, di Cheras hari ini.
Setelah 3 kali gagal mempertahankan rumahtanggaya, anak kepada pelakon dan pengarah, Lokman Ghani menjadi pilihan hati Aziz dan dengar memberitahu bahawa mereka bakal diijabkabulkan pada 6 Jun 2010 nanti!
“Kesilapan yang pernah saya lalui dalam kehidupan berumahtangga membuatkan saya menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
“Selepas ini saya sudah ada ‘kawan’ untuk menemani saya walau ke mana sahaja apatah lagi, apabila ‘kawan’ itu bakal bergelar isteri kepada saya,”
Umur hanyalah angka, biar orang nak cakap apa! Janji hidup abang pengarah bahagia dan terus menghasilkan karya-karya terbaik! Eloklah cepat-cepatkan, biar lama-lama nanti kena ‘bahan’ pula.
Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya berhampiran Perhentian Nilai pada jam 7 malam tadi. Kabarnya arwah dalam perjalanan pulang dari siaran langsung di RTM untuk program Hits 1 petang tadi.
MPV Toyota Estima yang ditumpang oleh Achik dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda di lebuhraya dan arwah tersepit didalam kereta yang terbakar. Kawannya pula bernasib baik kerana sempat merangkak keluar dari kereta.
Salam takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Oh, patah sudah hati ini. Pelakon idaman hamba sudah pun ingin membina masjid, semoga bahagian si-gadis-cun-melecun Nasha Aziz, 39 dengan pasangannya, Nur Iman Tang, 35.
Teringat kes anak-beranak ini di mahkamah, dan ia membuatkan hubungan mereka agak renggang sedikit sehinggakan bapa Nasha tidak hadirkan diri dimajlis pertunangannya. Semoga hati seorang bapa, Abdul Aziz, 61 ini terbuka pintu hatinya untuk melihat anaknya dipelamin.
Oh, dengar kata Nasha nak kahwin pakai cheongsam! Wah, wah, dah memang model! Memang la sesuai dengan apa sahaja yang dipakainya. Pakailah apa pun selagi tidak berlanggar hukum syarak, dan kami mendoakan agar kalian bahagia.
Istana budaya akan mementaskan teater musikal mengenai kehidupan Perdana Menteri Malaysia ke-Empat. Menurut pengarah teater ini, ia merupakan persembahan teater yang begitu unik kerana ia menceritakan mengenai kisah peribadi seseorang yang masih sihat. Teater ini mengenai tentang Tun Dr. Mahathir sebagai Bapa Permodenan Malaysia.
Info Mengenai Teater “Muzikal Che Det”
Tempat: Istana Budaya
Tarikh: 25 September 2010 – 4 Oktober 2010
Karya: Ismail Kassan, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah (pengarah muzik) dan akan diarahkan oleh Rosminah Mohd Tahir. Nota: Untuk sebarang maklumat lanjut, kunjungilah laman rasmi Istana Budaya di http://www.istanabudaya.gov.my/program2010
Pemergian Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44 masih dirasai. Macam-macam yang telah beliau lakukan untuk memeriahkan hari kita, daripada majalah, rancangan realiti tv, corong radio, dan bermacam-macam lagi hanya untuk menghiburkan kita. Ada juga insan yang sanggup memaki arwah, semoga insan itu dibukakan pintu hatinya dan mendapat mengertian sebenar.
Team murai.com.my telah menerbitkan satu video, tribute khas untuk Allahyarham Din Beramboi untuk tatapan seluruh peminatnya.