-
30
Oct

Permohonan gali kubur Beng Hock didengar semula Rabu ini
sumber: Utusan
SHAH ALAM 30 Okt. – Mahkamah Koroner di sini hari ini menetapkan Rabu depan bagi mendengar permohonan menggali semula mayat Teoh Beng Hock bagi membolehkan bedah siasat kedua dilakukan oleh pakar patoloji Thailand, Dr. Porntip Rojanasunan. Ketika dihubungi Bernama, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, mengesahkan tarikh pendengaran permohonan tersebut. Pada Selasa lepas, abang mendiang, Teoh Meng Kee, memfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi di sini supaya mayat adiknya dikeluarkan semula daripada tanah perkuburan untuk tujuan bedah siasat kedua dan mendapatkan pandangan kedua daripada Dr. Porntip. – BERNAMA
Yang dah mati dikorek, untuk mencari kebenaran katanya. Gali lubang tutup lubang, penagih wang terbang melayang. Apa pun, semoga berjaya menemui satu jawapan yang pasti ya Dr.Porntip. Kappp.
Popularity: 1%
- Published by Enchek Penagih Abadi in: Penagih Isu Semasa
- If you like this blog please take a second from your precious time and subscribe to my rss feed!

Leave a Reply