Perbezaan politik di Malaysia sekarang sudah begitu teruk! Politik Malaysia berada dalam keadaan sampah! Kerana terlalu taksub dengan pembawakan politik, ia telah memecahbelahkan perpaduan antara kita (samada dari agama, bangsa mahupun negara).

Masjid merupakan tempat kita bermasyarakat, tempat kita bersama-sama sujud menghambakan diri mengadap Ilahi dan macam-macam lagi! Leburkan semangat politik kamu wahai hamba Allah, sambungkan silaturrahim dan eratkan silaturrahim itu. Letakkan timbang kamu diluar, lemparkan bulan kamu ke angkasa, lancarkan roket itu, bersihkan mata itu dari habuk-habuk permusuhan.

Biar kamu UMNO, PAS, keADILan, DAP, MIC, MCA, PPP dan segala mak nenek parti yang ada di Malaysia, tinggalkan ketaksuban itu ditepi kerana tidak ada guna kita bertengkar dan melalak seperti anjing. Menyalahkan satu sama lain.

Aku tak peduli akan latar belakang kamu, aku tak peduli apa pendirian kamu, aku hanya mahu bersahabat dengan kamu.

0

Popularity: 2%