Berita terbaik untuk pengguna Mozilla Firefox 3.6 dan Google Chrome! Kini Gmail memperkenalkan fungsi drag-n-drop untuk menghantar data, tidak perlu lagi kotak-kotak yang melembabkan keadaan.

Pastikan anda bersedia untuk menyalin data-data yang hendak dihantar

Pilih file yang hendak dihantar, drag dan drop dibahagian 'Attachment' didalam gmail

Tadaa! Selesai!
- agensi (gmailblog)
Popularity: 2%
none

Besar kemungkinan Google akan ‘keluar’ dari negara China kerana tahap kelucahan dan aktiviti godam (hack) terlalu melampau, tetapi masih ada perintis yang akan menganti Google, “Goojje – http://www.goojje.com/“.
“Made In China”, adalah teman kita dikala masih belajar untuk berlari. Setuju? Segala permainan kita, dari robot-robot, kereta control, kereta ‘dashyongkuro’, membawa ke peringkat remaja yang dihujani pelbagai gadget buatan China. Kata penjual, original! Tetapi hampeh!
Sama juga seperti Goojje, adalah satu daripada produk buatan China. Luaran memang tetap sama, untuk qualiti, kurang (mungkin).
sumber: Wired.
p/s: mungkin Goojje cakap - “Pergilah Google! Kami tak kisah! Kami masih ada Goojje!”
Popularity: 1%
none

20 Laman Web Paling Popular
Ini adalah senarai laman web yang paling popular menurut Alexa di Malaysia. Google yang terpahat dihati kita pun telah dikalahkan oleh Facebook dan juga Twitter (tidak tersenarai).
Teruskan Membaca…
Popularity: 7%
none

Hari Kelahiran Sesame Street Ke-40, Google.com
Kita semua tahu yang Google sentiasa mengemaskini logo dilamannya apabila ada peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku pada hari tertentu, dan untuk kali ini Google memberikan penghormatan untuk kartun yang pernah menggegarkan negara pada era 90-an, Sesame Street.
Info dari Wikipedia
Sesame Street adalah sebuah Amerika pendidikan siri televisyen anak-anak dan perintis daripada piawaian televisyen pendidikan kontemporari, menggabungkan pendidikan dan hiburan. Sesame Street terkenal dengan Muppets, watak yang dicipta oleh Jim Henson. Ini penayangan perdana pada 10 November 1969, dan merupakan terpanjang program anak-anak di televisyen Amerika Syarikat. Rancangan ini dihasilkan di Amerika Syarikat oleh pertubuhan bukan untung Sesame Workshop, dahulu dikenali sebagai Children’s Television Workshop (CTW), ditubuhkan oleh Joan Ganz Cooney dan Ralph Rogers.
Popularity: 7%
none