Saya sendiri terasa pelik, mengapalah boleh wujud perkara-perkara sebegini. Mungkin salah guna kelebihan yang ada (merujuk kepada kasyaf) yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dan terus melakukan perkara-perkara yang bidaah atau yang bertentangan dengan agama.

PUTRAJAYA 10 Feb. – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berjaya membongkar kegiatan ajaran sesat yang berselindung di sebalik pusat rawatan Islam dalam serbuan di kuarters kerajaan Presint 17 di sini awal pagi ini.

Seorang lelaki dipercayai menjadi ketua kumpulan itu, isterinya dan 14 pengikut ditahan dalam serbuan itu.

Mereka mempercayai hijab mereka telah dibuka oleh Allah bagi membolehkan pengikut ajaran sesat ini melihat Nabi Adam dan Nabi Sulaiman.

“Pengikut ajaran itu juga mendakwa mereka boleh melihat susuk tubuh nabi-nabi ini,” kata pegawai berkenaan selepas serbuan berakhir pada pukul 4.30 pagi.

Operasi diketuai oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAWI, Rohaizan Ismail melibatkan 20 anggotanya dan 15 pegawai polis.

Ajaran tersebut juga mendakwa kitab yang dimiliki mereka mempunyai petunjuk yang lebih jelas berbanding al-Quran selain mempunyai para pengikut dari benua Asia, Afrika, Amerika dan Eropah. – sumber

Semoga para pengikutnya kembali ke jalan yang lurus berpandukan Al-Quran dan Sunnah, tidak perlu bersimpang untuk mendapat keredhaannya.

“Aku Pohon Kemaafan dari-Mu Ya Maha Pengasih”

Popularity: 3%

one
Dr Asri ditahan oleh Pihak JAIS

Dr Asri ditahan oleh Pihak JAIS

Kecoh satu Malaysia apabila Dr. Asri, yakni mantan mufti Perlis Indra Kayangan yang dikatakan ditahan ketika memberi kuliah yang berunsurkan fahaman Wahabi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Berikut adalah rakaman video penahanan Dr. Asri.
Teruskan Membaca…

Popularity: 4%

none

Most commented