Bayi atau sampah wahai pembiadap

Wahai penagih, tolonglah, jangan biar sang bayi yang suci itu pergi. Dia tidak tahu apa-apa sedangkan kamu yang enak membuat segala aksi tanpa memperdulikan apakah maksud dan dosa zina itu.

Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.

Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.

Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.

Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.

“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini. – sumber


Teruskan Membaca…

Popularity: 6%

one
SKMM Mengkaji Iklan "Potong"

SKMM Mengkaji Iklan "Potong"

“Potong” merupakan iklan daripada P1 Wimax yang dikatakan berunsur lucah, walaupun mesej yang hendak disampaikan lain, tetapi perkataan “potong” itu sendiri merujuk kepada berkhatan. Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia sedang mengkaji iklan tersebut.
Teruskan Membaca…

Popularity: 4%

none

Most commented