Gambar oleh Malaysiakini

Oh, kantoi sudah blogger Barisan Nasional (BN) ! Kah..Kah..Kah.. Blogger PR (Pakatan Rakyat) jangan terlalu suka! Manalah tahu jika segala fitnah akan terbuka (samada dari pihak barisan ataupun pakatan). Inilah orang yang tak reti berhujah. Bagi sesetengah orang, hidup ini hanya ada dua, hitam dan putih. Mereka terlupa yang ada kelabu ditengah-tengah itu, dan kebanyakkan orang hidup didalam alam kelabu itu.

Rasanya banyak lagi gambar-gambar yang berkaitan dengan politik yang dimanipulasi dengan teknik superimpose, lebih-lebih lagi dari pihak pembangkang. Aku sendiri tidak tahu mengapa mereka lebih suka membuat fitnah dari berhujah. Mungkin kerana kekurangan ilmu? Bengap? Bodoh? Buta hati? Sendiri mau ingat. Oh, teringat tentang kata-kata calon Barisan Nasional, Kamalanathan,

“Berdasarkan pengalaman dari siri kempen yang lepas, mewujudkan fitnah merupakan satu kesalahan besar yang harus dielakkan.

“Saya telah berpesan kepada jentera BN kita hanya akan berkempen cara bersih, berpandukan apakah pencapaian saya sebelum ini, apa yang BN mampu lakukan dan apa yang Kamalanathan mampu lakukan jika diberikan peluang oleh para pengundi,” – bernama

Dengar ke tak wahai para blogger politik? (khas ditujukan kepada kedua-dua belah pihak)

Gambar dipetik dari Laman Facebook TopengPerak Unmasked

Gambar diatas diambil pada Tahun 1966 Bilamana Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama merangkap PRESIDEN UMNO YANG KE-2 Merasmikan Kilang Guinness Malaysia Bhd 1966. Tamat.

Popularity: 11%

3 com

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa Barisan Nasional (BN) mengganggap para pengundi yang akan keluar memangkah adalah Raja untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Oleh itu, kata Timbalan Perdana Menteri, semua pengundi penting bagi BN tanpa menjuruskan kepada sesuatu kaum sahaja.

Atas sebab itulah kita akan mengunjungi kawasan yang ada pengundi sama ada di dalam bandar atau luar bandar. Kita akan dengar cerita daripada mereka dan akan mengambil langkah untuk memberi maklum balas, penjelasan ataupun bantuan.

Ini menyaksikan pertempuran empat penjuru diantara P. Kamalanathan dari Barisan Nasional (BN), Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua calon Bebas iaitu V.S. Chandran dan Johan Mohd Diah .

Bila tibanya musim pilihanraya kecil (PRK) ataupun pilihanraya umum (PRU), macam-macam yang dijanjikan, macam-macam yang dicanangkan. Err, Manek Urai apa cerita ha? Oh, Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan atau Program 3P di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, Hulu Selangor esok mulai 12 tengahari hingga 5 petang (mStar). Politikkan Kementerian Sumber Manusia? Mana ada! Hish2.

Mengundilah dengan berhemah, berfikiran panjang, dan janganlah berkelakuan seperti budak kecil. Jangan kerana politik kita bermusuhan.

Popularity: 3%

none

Most commented