Alamilah Sendiri

Alamilah Sendiri

YouTube XL adalah versi YouTube disesuaikan untuk menonton video YouTube pada pemilik skrin besar. Memang lebih mantap! Lebih pantas dan memang ringan berbanding Youtube biasa. Walaupun mereka membina Youtube XL ini untuk sesiapa yang menggunakan Media Center untuk melihat terus ke televisyen, tetapi kita masih dapat menggunakan perkhidmatan terbaru ini.

Player untuk Youtube XL

Player untuk Youtube XL

Cubalah alami kehebatan YouTube XL!

Popularity: 3%

none
Online Jukebox Anda Yang Disokong Oleh Youtube

Online Jukebox Anda Yang Disokong Oleh Youtube

Jika anda pengemar muzik, winamp adalah sahabat sejati dan jika anda inginkan muzik serta klip video, Youtube.com menjadi tempat untuk melempiaskan ketagihan. Kini anda boleh membuat playlist anda sendiri menggunakan perkhidmatan TubeRadio.
Teruskan Membaca…

Popularity: 3%

none
Perisian Gambaran Kemalangan

Perisian Gambaran Kemalangan

Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa diduga, walaupun kita telah mematuhi segala peraturan jalan raya akan tetapi kemalangan masih dapat berlaku. Bila kejadian yang tak di ingini berlaku, seperti biasa kita akan klaim insuran dan kadangkala proses untuk menerangkan kejadian sebenar agak rumit. Terdapat satu perisian yang dapat memudahkan anda untuk menerangkan bagaimana kejadian yang tak diingini itu berlaku, AccidentSketch.

AccidentSketch ialah perisian yang mengunakan Internet browser (Firefox @ Internet Explorer) anda untuk menghasilkan laporan yang hendak ditunjukkan kepada pihak insuran mahupun pihak yang berkenaan.


Teruskan Membaca…

Popularity: 2%

none

Most commented