Pemergian Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44 masih dirasai. Macam-macam yang telah beliau lakukan untuk memeriahkan hari kita, daripada majalah, rancangan realiti tv, corong radio, dan bermacam-macam lagi hanya untuk menghiburkan kita. Ada juga insan yang sanggup memaki arwah, semoga insan itu dibukakan pintu hatinya dan mendapat mengertian sebenar.
Team murai.com.my telah menerbitkan satu video, tribute khas untuk Allahyarham Din Beramboi untuk tatapan seluruh peminatnya.
Wahai penagih, tolonglah, jangan biar sang bayi yang suci itu pergi. Dia tidak tahu apa-apa sedangkan kamu yang enak membuat segala aksi tanpa memperdulikan apakah maksud dan dosa zina itu.
Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.
Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.
Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.
Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.
Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.
“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.
“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini. – sumber
Tontonilah Muallaf pada 24 Disember di GSC Berhampiran
Muallaf, kisah yang menceritakan dua beradik, Rohani dan Rohana, telah lari dari rumah setelah didera oleh ayah mereka. Mereka mendapat perlindungan di sebuah bandar kecil di mana mereka mengenali Brian Goh, seorang guru sekolah Katolik. Keberanian luar biasa dua orang gadis itu membuatkan Brain tertarik, keberanian menghadapi kesulitan dan terpaksa menghadapi kisah gelap pada zaman kanak-kanak mereka.
Yasmin Ahmad cuba menyelami perasaan dan emosi seseorang yang trauma dengan insan yang mereka sayang. Melalui pengembaraan daripada tiga kehilangan jiwa-jiwa yang bersatu dan menghibur satu sama lain, Muallaf berkisarkan tentang persahabatan, kemaafan, dan kehidupan akan datang yang dapat mengaburkan ingatan pahit masa lalu.
Cerita ini dibintangi oleh Brian Yap, Sharifah Amani dan Sharifah Aleysha. Teruskan Membaca…
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika dimana lebih dikenali sebagai NASA mengatakan teori Mayan yang diguna pakai di dalam cerita 2012 adalah tidak benar sama sekali. Cerita yang berkisar tentang kiamat pada 2012 itu berdasarkan kalender Mayan menelan kos produksi sehingga $200 million. Teruskan Membaca…