Khas buat semua penagih artikel

Khas buat semua penagih artikel

Apa ada dengan gelaran itu. Didalam taman minda mereka hanya memikirkan seorang mat gian dengan sebatang jarum. Tetapi sedar tak sedar, mereka juga penagih. “Apa? Mana ada aku jadi penagih! Jangan fitnah okey!

Tidak, bukannya fitnah, memang lumrah kita semua penagih. Aku, penagih Internet! Kamu?

  • Penagih Shopping
  • Penagih Politik
  • Penagih Wang Ringgit
  • Penagih Seks
  • Penagih Perempuan
  • Penagih Kereta
  • Penagih Gambar

dan banyak lagi spesis-spesis penagih yang ada, bukannya penagih dadah sahaja. Penagih membawa maksud seseorang yang sanggup lakukan apa sahaja demi sesuatu benda yang dia suka lakukan / buat. Kamu?

Penagih.Net

blog yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar didalam setiap artikel dari pelbagai sudut, dari isu hiburan, isu semasa, isu panas, isu politik, karya, seni dan bermacam-macam lagi.

“Laman Semua Penagih Yang Dahagakan Artikel”

Ini adalah moto kami. Kami cuba mengelak daripada web yang berunsurkan “Niche” kerana pada kami, kami ingin menjadi akhbar online yang berbentuk independence.

Logo “Picagari”

Ya, itulah simbol untuk semua penagih. Picagari. Logo ini dihasilkan oleh saudara Izham. Ini adalah gambar picagari antik sebelum terhasilnya picagari yang dicucuk pada badan kita sekarang.

Popularity: 100%