Online Jukebox Anda Yang Disokong Oleh Youtube

Online Jukebox Anda Yang Disokong Oleh Youtube

Jika anda pengemar muzik, winamp adalah sahabat sejati dan jika anda inginkan muzik serta klip video, Youtube.com menjadi tempat untuk melempiaskan ketagihan. Kini anda boleh membuat playlist anda sendiri menggunakan perkhidmatan TubeRadio.

TubeRadio membolehkan anda mencari muzik dengan lebih mudah dan anda juga boleh membina playlist anda sendiri mengikut citarasa anda. Inginkan mendengar satu album artis kesayangan anda? Inilah penyelesaiannya, tidak perlu menghabiskan waktu anda dilaman Youtube untuk mencari lagu didalam album tertentu.

Antaramukanya seakan-akan iTunes memang agak mesra pengguna. Antara kelebihan-kelebihan TubeRadio ialah:

  • Memudahkan kita membuat carian album
  • Membina playlist kita sendiri
  • Lagu yang disertakan dengan lirik (jika TubeRadio menjumpai lirik lagu tersebut)
  • Memuatturun Lagu (BERBAYAR)

Cubalah sendiri dan menikmati perkhidmatan percuma oleh TubeRadio.

Link Berkaitan:

Youtube.com
TubeRadio.fm

0

Popularity: 3%